Friday, 23 March 2012

Assalamualaikum - Opick




Opick - Assalamualaikum

assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
smoga hidup jadi bahagia

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa
assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (2x)

bila langkah sempit dunia
rejeki dicari alangkah susah
mungkin kita sudahlah lupa
sedekah lapangkan harta

dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka
assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)
salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
smoga hidup jadi bahagia 
dalam hidup tiada sempurna
kadang khilaf kadang terlupa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

assalamu 'alaikum ya akhti.. ya ukhti.. (4x)

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa

dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka
assalamu 'alaikum ya akhti.. ya ukhti.. (4x)

Thursday, 8 March 2012

Nilai Sebuah Pujian

 Memberi pujian dan penghargaan kepada orang lain tidak mengeluarkan wang ringgi pun, hanya memerlukan hati yang ikhlas bagi memulakan dengan prinsip tidak membezakan orang lain, kn?

        apa yang saya hendak kongsikan adalah, pertama , apabila kita berhubung dengan orang, seseorang perlu menyedari potensi dirinya apabila dia berada di dalam satu persekitaran di mana kehadirannya diterima sepenuh jiwa,  penerimaan daripada lingkungan persekitaran pada seseorang dapat membuat individu lebih dihargai.

         menerima seseorang bererti menerima individu itu seadanya tanpa syarat. Tuhan maha pencipta menerima kehadiran hambanya dalam doa dan ibadah. Tuhan pun menerima taubat, mengapa pula manusia begitu mudah menjatuhkan hukuman seumur hidup. Menerima orang lain bermula dengan menerima dirinya sendiri, menerima kekurangan dan kelemahan serta kebolehan dirinya sendiri..

          kedua adalah persetujuan. kita sukar menerima pendapat orang lain yang berbeza pendapat. tidak semua orang suka dibantah pendapatnya tetapi kebanyakan orang suka apabila pendapatnya dipersetujui terlebih dahulu.

Harga sebuah pujian yang diucapkan, berkait rapat dengan individu itu mahu aktif dan efektif memasang telinga, iaitu mendengarkan orang lain. pada dasarnya setiap individu mahu didengarkan, dihormati, dan difahami. sekiranya ini dapat dilakukan , sengketa dapat dikurangkan , penyelesaian cepat tercapai, process kemantangan emosi berlaku serta dapat membina masyarakat yang baik pada hubungan sesama insan.
                                        mendengarkan berbeza dengan mendengar

Thursday, 1 March 2012

Mencari Tulang Rusuk Yang Hilang


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

In Only jaNEWary