Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum
sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
jambatannyajauhlah perjalanan kita.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan
masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk
cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian
menjadi nyata?
membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa-doa lewat sembahyang.
Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat
untuk lelaki yang jahat.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum
apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk…
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah
dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita
sendiri telahmemiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan
raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya.Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya
mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian
juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai
saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain
menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan
masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk
cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian
menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak
usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu
ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn
kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan
berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah
tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar
mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan
berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
“Seorang teman pernah berpesan..”Kadang2-kadang
Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan
tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi..”
“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu
selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan
dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
share diarihati.com
