Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
.secondjanewary.tumblr.com
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada
seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu,
guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di
antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang
yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang
itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya
suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan
kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus
berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan
tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik
dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan
baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang
yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.share by http://pemaniskata.blogspot.com
 |
| only jaNEWary |