Menceritakan cerita hati, mengungkapkan situasi yang bukan jalan
sepatunya adalah sukar, semua orang memiliki rasa sayang, rasa ingin berkasih.
dalam context kehidupan manusia, manusia sering berinteraksi dan
memerlukan antara satu sama dengan yang lain,dalam perhubungan ini penghargaan
adalah penting walaupun ia semudah terima kasih Untuk menghargai seseorang terlalu banyak cara yang
boleh kita gunakan samada kita mahu memberi sebuah senyuman, ucapan terima
kasih, pelukan, ciuman atau pun memberi sebuah hadiah. Penghargaan kepada
seseorang amat penting supaya seseorang yang menerima penghargaan itu berasa
gembira, dihargai dan akan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan
datang.
Kadang-kadang seseorang itu
sanggup mengetepikan kepentingan dirinya untuk kepentingan orang lain, sanggup
melupakan kehendaknya demi kehendak orang lain, semua orang hendak dihargai,
tetapi berapa ramai diantara kita yang pandai menghargai, berapa ramai diantara
kita yang mudah berterima kasih walaupun ianya sekecil pemberian sebiji
gula-gula. Memang benar tidak semua orang mengharapkan sebuah penghargaan, tapi
penghargaan itu adalah lebih baik apabila kita berinteraksi antara satu dengan
yang lain. kadang-kadang kite nak semua orang faham kite... tapi kite tidakada usaha nak faham orang lain, kadang-kadang kita sibuk mempersoalkan kekurangan dan kelemahan, tapi kita tidak cuba cari jalan penyelesaian, dan hanya mengharap orang akan memahami kite..Sampai disini sahaja coretan saya. Pada dia yang disayangi, aku sentiasa rasa dihargai apa yang telah kamu buat, mungkin ini adalah kehendak Nya. Sepanjang nafas aku berhembus, setiap degup jantung aku bergerak, selagi masih aku bernyawa, akan aku hargai kehadiran kamu, walaupun aku tidak pernah rasa kehadiran kamu. Terima kasih ^__^
