Tuesday, 2 July 2013

Ya Hanana

ya hanana
Betapa Beruntungnya Kami

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

ya hana na
Betapa beruntungnya kami

athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

ya hana na
Betapa beruntungnya kami

shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

ya hana na
Betapa beruntungnya kami


Friday, 14 June 2013

Salam Perkongsian

Assalamualaikum,
Tak ada apa yang di bincangkan, sekadar perkongsian buat rakan-rakan di sekeliling, ada orang kata hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah,semua orang melalui perkara yang sama, seakan sama, hidup ini penuh liku-liku kehidupan, hidup penuh pengalaman, dan pengalaman mendewasakan kita, sebagai umat islam banyak kewajipan yang harus dilakukan, pernah di puji orang kamu kelihatan seorang  yang baik, saya bertanya kembali, atas sebab apa awak kata bergitu? Sebab saya melihat kamu solat, buat baik, ermmm jika itu yang dikatakan baik, bagi saya tidak, sebab solat adalah wajib bagi seluruh umat Islam, orang yang beragama islam solat adalah kewajipan, ianyakan termasuk dalam rukun Islam.
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Jika yang inipun masih samar-samar lagi, tepuk dada Tanya iman, jangan sampai iman jawap, iman dah lama tiada dalam diri ni, pentingkan perkara yang terpenting didunia ni ( ilmu akhirat )sebab perkara yang terpenting lebih penting dari perkara yang penting.
Firman Allah SWT:
“ Pada hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu ( agama islam ) bagi kamu, Aku sempurnakan  nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku redha islam sebagai agama kamu.” (surah al-Ma’idah 5:3)

pesan kepada diri, dunia ini sementara, tak ada apa yg perlu di cari, selain keredhaanNya. dosa kita amat banyak setiap hari. sedangkan istighfar kita mungkin boleh dihitung dengan jari. In Sya Allah, Ramadhan kali ini kita lipat gandakan lagi amalan kita, jangan lipat gandakan membeli pula ^__^.  Mungkin inilah masanya kita nak bukak balik buku-buku fardhu ain yang kita dah lama tinggal, takpa kalau buku itu buku adik darjah 1 pun, janji ianya berguna, jangan cakap dah belajar dulu, tapi bila ditanya emmmmmmm jawapnya. Buangkan perasaan malu itu, kalau susah jugak, kalau malu,amik buku, sorok-sorok dalam bilik,(tapi ilmu agama ini tidak perlu disorok ) kadang-kadang ada orang disekeliling kita ingin berubah sama seperti kita, tapi tiada platform, ataupun rollmodel, jadi jika dia lihat ada rakan-rakan yang baru nak dekatkan diri agama, barulah hatinya terbuka. Ye saya tahu iman ini kadang-kadang naik, kadang-kadang turun, tapi yang kita lihat, turun je. Kita bukanlah seronok nak bagi nasihat dekat orang, sebenarnya ia lebih nasihat kepada diri sendir, diri ini yang menulis, sendiri tahulah, bukan perasan baik, tapi kita ingin jadi yang baik dalam kalangan terbaik, jadi kita berkongsi kebaikan ini. Salam sayang dari saya. Coretan serta nasihat buat diri yang serba kekurangan ^__^..

Wednesday, 22 May 2013

Islam Itu Mudah


  ...السَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
  .. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dari Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad Bersabda:

“ Sesungguhnya agama itu adalah mudah, tidaklah seseorang itu mempersukarkan di dalam menjalankan agama, melainkan dia sendiri yang akan menjadi susah, maka berbuat benarlah kamu dengan agama dan bermohon kamu pertolongan agar dapat berlansung mengerjakan agama pada pagi hari, pada siang hari dan sedikit pada waktu akhir malam”.

Agama islam adalah agama yang mudah, Cuma orang yang tak paham jadi susah, kita kalau tak tahu sesuatu perkara, semua jadi susah, handphone mula-mula beli,tak tahu apa fungi, macam mana nak mesej, nak main lagu, tapi lama-kelamaan jadi mudah, sebab apa? Sebab kita dah biasa, sampai tahap taip mesejpun boleh pejam mata, sebab dah biasa. Tapi kenapa dengan agama sendiri kita rasa susah? Sebab kita tak biasa, kita tak selalu bersama agama kita, sebab itu kita Nampak agama itu susah. Baca Al-Quran tak lancar. Sebab setahun sekali. Tak pun tunggu kenduri tahlil, itu je lah. Ini Al-Quran pun tak tahu letak dekat mana, cuba check bilik masing-masing. Mana letaknya Al-Quran, kalau Al-Quran pun tak tahu letak mana inikan pula nak buka.,

Kita lihat orang mandikan mayat ( ehhh susahnya, nak bersabun, nak berkapur barus, ehh tak pandailah nak letak itu ini ) padahal  mandi mayatlah paling mudah, lebih susah mandikan anak kecil, padahal mayat tidak bergerak-gerak. Tapi kenapa cakap mandi mayat itu susah? Sebab tak pernah buat, sama jelah yang menulis ni ^__^. Ini kalau ada kematian panggil tok imam, ape? Ingat tok imam executive mayat ke? Semua orang boleh buat sebenarnya.

Orang lelaki kadang-kadang takut nak jadi imam, apa yang susahnya, pergi je kehadapan.takbir  .. اَللّهُ اَكْبَرُ( tapi… tak… takk… biasalah ustaz ) Biasakan, jangan terus dengan Magrib, Isyak, mulakan dengan Zuhur, tak bunyi apa. ( hehe ^__^ ) ni tak penah jadi imam, terus-terus jadi imam Subuh, terbelit-belit ( Allahhumadini….Allahhumadini….Ehh Allahhumadina…. ) jadi mulakan dengan Zuhur. ( Tapi…tapi…. Ustaz masa Zuhur boleh, yang jadi masalah, masa doa ustaz..) Doa? Doa amik microphone tolak dekat Bilal. Buat batuk-batuk sikit uhukkkkk. Uhukkkk sakit tekak,, hehehe. Kalau Tok Bilal tolak dekat kita balik, amik je baca doa makan, bukankah itu doa juga? Janji Doa ( lepas solat makmum Tanya mana nasinya? Haha ) ( tapikan ustaz.. Nampak macam tak best la ustaz kan? kan?...) kalau macam itu baca doa dalam bahasa Melayu.. ( tapi ustaz .. nanti orang Tanya kenapa tak baca dalam bahasa Arab?) jawap je kalau aku baca bahasa arab kamu tak paham, aku baca dalam bahasa arab aku paham, aku takut kamu je nanti hehe, . ini yang jadi susah sebab kita lihat orang jadi imam, lepas solat ada bacaan dia…yang itu sunat sahaja, tak bacapun tak apa.
Sama jugak dengan mandi mayat, sama je dengan mandi junub, susah ke? ( ehh susah kena kapur barus, daun sintok, daun bidara,..) haha tidak kan?  guna sabun biasa pun boleh. Orang dulu guna daun bidara nak bagi wangi. Kalau takada kain kapan warna putih, warna biru, coklat pun boleh. ( kalau kain kapanpun taka da ustaz..? ) boleh ambil mana-mana jenis kain. ( kainpun takada Ustaz ..) boleh guna tikar mengkuang, di gulung-gulung. ( tikar mengkuangpun taka da ustaz,, satu kampong habis terbakar Ustaz…) ooiiii!! Kalau semua dah tak ada, ambil selut tanah, lumurkan dibadan mayat itupun boleh. ( Tanah pun tak ada Ustaz ..) Dah kamu duduk di mana?

Kadang-Kadang ini soalan yang bukan-bukan, lepas satu-satu , kita suka Tanya, Tanya perkara yang tidak berkaitan, sebab itu Nabi bagi tahu dekat kita. Allah tidak suka tiga orang. Yang pertama: orang yang suka bertanya, bertanya jenis yang di atas itulah, ( kalau takada macam mana ustaz? Dekat 3, 4 kali Tanya ) . yang kedua : Allah benci orang yang suka mensia-siakan masa dan yang ketiga : Allah Benci orang yang suka membazir. Ini tidak, banyak sangat Tanya perkara yang tidak berkaitan, ( ustaz.. ustaz.. kalau kita ke bulan, kita nak sembahyang qiblat arah mana? ) yang kamu nak ke bulan tu apa kerja? Kamu nak ke masjid pun susah nak pergi, sibuk Tanya ke bulan.
Ianya sekadar perkongsian, dan peringatan, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Hasil penulisan dapat daripada ceramah Ustaz Kazim Elias, itu sahaja dari saya. Semoga ianya bermanfaat, dan untuk kebaikan bersama. ... اِنْ شَآ ءَاللّهُ 

In Only jaNEWary