... السَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
.. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dari
Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad Bersabda:
“ Sesungguhnya agama itu
adalah mudah, tidaklah seseorang itu mempersukarkan di dalam menjalankan agama,
melainkan dia sendiri yang akan menjadi susah, maka berbuat benarlah kamu
dengan agama dan bermohon kamu pertolongan agar dapat berlansung mengerjakan
agama pada pagi hari, pada siang hari dan sedikit pada waktu akhir malam”.
Agama
islam adalah agama yang mudah, Cuma orang yang tak paham jadi susah, kita kalau
tak tahu sesuatu perkara, semua jadi susah, handphone mula-mula beli,tak tahu
apa fungi, macam mana nak mesej, nak main lagu, tapi lama-kelamaan jadi mudah,
sebab apa? Sebab kita dah biasa, sampai tahap taip mesejpun boleh pejam mata,
sebab dah biasa. Tapi kenapa dengan agama sendiri kita rasa susah? Sebab kita
tak biasa, kita tak selalu bersama agama kita, sebab itu kita Nampak agama itu
susah. Baca Al-Quran tak lancar. Sebab setahun sekali. Tak pun tunggu kenduri
tahlil, itu je lah. Ini Al-Quran pun tak tahu letak dekat mana, cuba check
bilik masing-masing. Mana letaknya Al-Quran, kalau Al-Quran pun tak tahu letak
mana inikan pula nak buka.,
Kita
lihat orang mandikan mayat ( ehhh
susahnya, nak bersabun, nak berkapur barus, ehh tak pandailah nak letak itu ini
) padahal mandi mayatlah paling mudah,
lebih susah mandikan anak kecil, padahal mayat tidak bergerak-gerak. Tapi
kenapa cakap mandi mayat itu susah? Sebab tak pernah buat, sama jelah yang
menulis ni ^__^. Ini kalau ada kematian panggil tok imam, ape? Ingat tok imam
executive mayat ke? Semua orang boleh buat sebenarnya.
Orang
lelaki kadang-kadang takut nak jadi imam, apa yang susahnya, pergi je
kehadapan.takbir .. اَللّهُ اَكْبَرُ… (
tapi… tak… takk… biasalah ustaz ) Biasakan, jangan terus dengan Magrib,
Isyak, mulakan dengan Zuhur, tak bunyi apa. (
hehe ^__^ ) ni tak penah jadi imam, terus-terus jadi imam Subuh,
terbelit-belit ( Allahhumadini….Allahhumadini….Ehh
Allahhumadina…. ) jadi mulakan dengan Zuhur. ( Tapi…tapi…. Ustaz masa Zuhur boleh, yang jadi masalah, masa doa ustaz..)
Doa? Doa amik microphone tolak dekat Bilal. Buat batuk-batuk sikit uhukkkkk.
Uhukkkk sakit tekak,, hehehe. Kalau Tok Bilal tolak dekat kita balik, amik je
baca doa makan, bukankah itu doa juga? Janji Doa ( lepas solat makmum Tanya mana nasinya? Haha ) ( tapikan ustaz..
Nampak macam tak best la ustaz kan? kan?...) kalau macam itu baca doa dalam
bahasa Melayu.. ( tapi ustaz .. nanti
orang Tanya kenapa tak baca dalam bahasa Arab?) jawap je kalau aku baca
bahasa arab kamu tak paham, aku baca dalam bahasa arab aku paham, aku takut kamu
je nanti hehe, . ini yang jadi susah sebab kita lihat orang jadi imam, lepas
solat ada bacaan dia…yang itu sunat sahaja, tak bacapun tak apa.
Sama
jugak dengan mandi mayat, sama je dengan mandi junub, susah ke? ( ehh susah kena kapur barus, daun sintok,
daun bidara,..) haha tidak kan? guna
sabun biasa pun boleh. Orang dulu guna daun bidara nak bagi wangi. Kalau takada
kain kapan warna putih, warna biru, coklat pun boleh. ( kalau kain kapanpun taka da ustaz..? ) boleh ambil mana-mana jenis
kain. ( kainpun takada Ustaz ..)
boleh guna tikar mengkuang, di gulung-gulung. ( tikar mengkuangpun taka da ustaz,, satu kampong habis terbakar
Ustaz…) ooiiii!! Kalau semua dah tak ada, ambil selut tanah, lumurkan
dibadan mayat itupun boleh. ( Tanah pun
tak ada Ustaz ..) Dah kamu duduk di mana?
Kadang-Kadang
ini soalan yang bukan-bukan, lepas satu-satu , kita suka Tanya, Tanya perkara
yang tidak berkaitan, sebab itu Nabi bagi tahu dekat kita. Allah tidak suka
tiga orang. Yang pertama: orang yang suka bertanya, bertanya jenis yang di atas
itulah, ( kalau takada macam mana ustaz?
Dekat 3, 4 kali Tanya ) . yang kedua : Allah benci orang yang suka
mensia-siakan masa dan yang ketiga : Allah Benci orang yang suka membazir. Ini
tidak, banyak sangat Tanya perkara yang tidak berkaitan, ( ustaz.. ustaz.. kalau kita ke bulan, kita nak sembahyang qiblat arah
mana? ) yang kamu nak ke bulan tu apa kerja? Kamu nak ke masjid pun susah
nak pergi, sibuk Tanya ke bulan.
Ianya
sekadar perkongsian, dan peringatan, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri
juga. Hasil penulisan dapat daripada ceramah Ustaz Kazim Elias, itu sahaja dari
saya. Semoga ianya bermanfaat, dan untuk kebaikan bersama. ... اِنْ شَآ ءَاللّهُ

No comments:
Post a Comment