Perwatakan bersahaja, nakal, suka menyakat aku, macam-macam la, agak
pelik bila seseorang yang mungkin dahulunya agak pendiam tapi sebenarnya petah
bekata-kata, apa yang sering di ucapan menjadi bahan lucu, walaupun ia tidak
selucu manapun,Terasa baru semalam aku kenal dengan dia, seseorang yang amat penting pada aku, tidak tahu bila aku mula berkawan dengan dia sehingga
bersahabat atau kawan rapat, tapi yang pasti sejak dibangku sekolah lagi aku
kenal dia. Tidak semua kawan aku rapat selepas sekolah kecuali dia. Kebanyakan lepas
tamat sekolah masing-masing buat hal sendiri.
Apa-apapun Terima kasih pada dia yang
sudi berkongsi apa jua perkara, mungkin tidak semua ,bukan senang nak mencari
seseorang yang sudi mendengar, kebanyakkan orang suka didengarkan bukan mendengar,
tapi tidak bagi sahabat aku seorang ini. bagi aku Mempunyai
satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri
sendiri.
Bagi aku dia seorang yang mudah di bawa
berbincang, seorang mudah memahami walau apajua perkara. Dia ni ada dikala aku
bermasalah, dikala aku gembira sekalipun, ada disetiap tangisan dan juga ketawa
,ada dikala aku perlukan seseorang ,tetap setia ada disitu menunggu apa jua
sekalipun, dan aku akan pastikan dia juga dapat apa yang patut dia dapat.
Terlalu banyak perkara hendak di kongsikan
antara aku dan dia, dekat 5 tahun aku
berkawan dengan dia,banyak perkara aku
belajar dari dia ,erti sebuah persahabatan yang dia sendiri tidak tahu, jika
aku beri sesuatu kebaikan kepada dia, dia akan menerima dengan sebaiknya, jika
dia menerima kebaikan daripada aku, dia akan menyebutnya, jika berlaku sesuatu
yang tidak baik dia sedia menutupnya,jika aku berdiam diri, dia akan
bertanyakan apa khabar aku, jika aku dan dia berselisihan faham, ia lebih
senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu. Banyak jikanya,
tapi itulah erti sebuah persahabatan yang dapat aku belajar dari dia.
“Seandainya engkau
bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan
atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur
kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara &
sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”
Untuk
sahabatku yang bernama fadhilah mazlan, terima kasih atas kesemuanya, harap
kekal keakhinya, jangan suka cari pasal, jangan nakal-nakal, senyum selalu,apa
pun jua masalah mu, senyumlah ia pasti akan berlalu ^__^ itu sahaja dari saya
Muhamad Zin,


