Sunday, 28 October 2012

Untuk Sahabatku Yang Bernama Fadhilah


Perwatakan bersahaja, nakal, suka menyakat aku, macam-macam la, agak pelik bila seseorang yang mungkin dahulunya agak pendiam tapi sebenarnya petah bekata-kata, apa yang sering di ucapan menjadi bahan lucu, walaupun ia tidak selucu manapun,Terasa baru semalam aku kenal dengan dia, seseorang  yang amat penting pada aku, tidak tahu bila  aku mula berkawan dengan dia sehingga bersahabat atau kawan rapat, tapi yang pasti sejak dibangku sekolah lagi aku kenal dia. Tidak semua kawan aku rapat selepas sekolah kecuali dia. Kebanyakan lepas tamat sekolah masing-masing buat hal sendiri.

Apa-apapun Terima kasih pada dia yang sudi berkongsi apa jua perkara, mungkin tidak semua ,bukan senang nak mencari seseorang yang sudi mendengar, kebanyakkan orang suka didengarkan bukan mendengar, tapi tidak bagi sahabat aku seorang ini. bagi aku Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Bagi aku dia seorang yang mudah di bawa berbincang, seorang mudah memahami walau apajua perkara. Dia ni ada dikala aku bermasalah, dikala aku gembira sekalipun, ada disetiap tangisan dan juga ketawa ,ada dikala aku perlukan seseorang ,tetap setia ada disitu menunggu apa jua sekalipun, dan aku akan pastikan dia juga dapat apa yang patut dia dapat.

Terlalu banyak perkara hendak di kongsikan antara aku dan dia, dekat 5 tahun  aku berkawan dengan dia,banyak perkara  aku belajar dari dia ,erti sebuah persahabatan yang dia sendiri tidak tahu, jika aku beri sesuatu kebaikan kepada dia, dia akan menerima dengan sebaiknya, jika dia menerima kebaikan daripada aku, dia akan menyebutnya, jika berlaku sesuatu yang tidak baik dia sedia menutupnya,jika aku berdiam diri, dia akan bertanyakan apa khabar aku, jika aku dan dia berselisihan faham, ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu. Banyak jikanya, tapi itulah erti sebuah persahabatan yang dapat aku belajar dari dia.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti

Untuk sahabatku yang bernama fadhilah mazlan, terima kasih atas kesemuanya, harap kekal keakhinya, jangan suka cari pasal, jangan nakal-nakal, senyum selalu,apa pun jua masalah mu, senyumlah ia pasti akan berlalu ^__^ itu sahaja dari saya Muhamad Zin, 

4 comments:

  1. dah berapa kali ntah ak baca n thank you :D

    ReplyDelete
  2. Comel..hehehehe..dila memang seorg sahabat yg trbaik.. :)

    ReplyDelete
  3. ye dia si pelik yg penah ak kenal

    ReplyDelete

In Only jaNEWary