Assalamualaikum ,
sekilas bersama ingin berkongsikan apa yang
dikongsikan oleh Ustaz Wan Sohor semalam, bertempat di dewan kuliah utama APIUM
bertajuk Wanita Solehah Pendamai Dunia, menarik untuk di ceritakan, bermula
bercakap soal nilai hinggalah keakhirnya, hidup ini harus berfikir dan haruslah
bermatlamat,jika kita bercakap soal politik, sekarang ini kita akan Nampak banyak
bendera diluar sana.. tidak kiralah parti manapun, kalau kita fikir semula,
kemana hala tuju bendera-bendera ini. Apa yang hendak disampaikan, apa yang
hendak dipertahankan, kalau bercakap soal makan sedap, tidur sedap, memandu
sedap ataupun kearah yang lagi satu,sebab kita bercakap soal nilai. Dimana letaknya
nilai,
Berbalik pada cerita yang
dikongsikan Ustaz Wan, ada seorang ibu menelefon beliau bertanyakan tentang
pendapat, ada seorang lelaki datang untuk meminang anaknya, lalu Ustaz Wan
berkata pada ibu tersebut, suruhlah lelaki tersebut menelefon beliau, pada
keesokkan harinya jam 10 malam, lelaki tersebutpun menelefon ustaz, ustaz pun
bertanya hal-hal keagamaan :pandai ke tidak mengaji, dan suruh mengambil
beberapa potong ayat, dan ustaz bertanya lagi, rukun iman,rukun islam dan yang
berkaitan dengan islam,apabila ditanya pasal ulamak lelaki ini tahu serba sedikit,
bermakna lelaki ini ada cakna, ustaz berpendapat lelaki ini baik, Ustaz Wan
memberi tahu ibu tersebut apa yang dibincangkan, ustaz tidak kenal lelaki
tersebut tapi ustaz dapat satu aura, masyaAllah. Ustaz pun menyuruh permudahkan
urusan sahaja. Selang beberapa bulan anak si ibu pula menelefon ustaz dengan
nada menangis, pihak keluarga tidak bersetuju. Dah ustaz wan kata: kenapa
pulak? Sebab lelaki tersebut mampu beri
empat ribu sahaja. Bukan sahaja tidak bersetuju , tapi dimarah pula oleh pakcik
sebelah emak , (setahu saya yang menjadi wali bapa, atau pakcik sebelah bapa. Dah
ini apa cerita pulak?)dimana kita hendak melihat pendamainya, wanita solehah
menjadi pendamai diantara.kesudahhannya tidak tahu kemana. Riwahat al Tarmizi
melaporkan Nabi Muhammad berkata:
”Apabila orang yang kamu redai
akhlaknya dan agamanya dating melamar, maka kawinkanlah dia sekiranya kamu
tidak lakukan perkara itu, maka akan berlaku fitnah dan kerosakkan di muka bumi”
Bepaksikan yang di ceritakan oleh
Ustaz Wan, kita sepatutnya berfikir sejenak dalam surah an-Nur ayat 32 Tuhan
berkata,
“kawinkanlah orang-orang bujang
daripada kalangan kamu, orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka”
perkahwinan dibibir orang soleh,
perkahwinan menjadi topic serius dalam urusan hidup. Ia menjadi urusan yang
dikendalikan dengan penuh hati-hati. Rasa gembira hidup sebagai pasangan
disambut dengan rasa tanggungjawap. Masing-masing mempunyai peranan yang perlu
dipenuhi. Topic perkahwinan dalam senda gurau kita menjadi doa orang soleh.
Tuhan berkata dalam surah al-Furqan ayat 74, yang bermaksud,
“Merekan juga berdoa dan berkata,’Wahai
Tuhan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya daripada
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami”
Itu sahaja dari saya. ^__^


No comments:
Post a Comment