Untuk seterusnya…..
Apakah pernah kita terfikir, setakat mana dan di kedudukan manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW? Apakah maksud sebenar mencintai Rasulullah SAW? Cukupkah sekadar mengatakan:” Aku Cinta Rasul cukuplah ,apa yang nak pikir2 lagi?Dan Mengapakah kita wajib mencintai Rasulullah SAW?
Selaku umat Nabi SAW,kita perlu akur dan sentiasa menginsafi bahawa , siapa kita hari ini tanpa Rasulullah SAW.Hisablah dan tangisilah diri kita di atas kealpaan kita terhadap insan yang telah berjasa dan lebih berharga daripada keluarga, harta benda dan pangkat di dunia yang kita miliki……….
Katakanlah (wahai Muhammad):”jika bapa2 kamu, anak2 kamu, saudara saudara kamu,isteri2 kamu , kaum keluarga kamu , harta benda yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah – rumah tempat tinggal yg kamu sukai (jika semuanya) menjadi perkara perkara yg lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya, kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq”(AtTaubah:24)
“Dan sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka mereka( akanditempatkan di dalam syurga)bersama sama orang 2 yg telah dikurniakan nikmat oleh Allah iaitu Nabi2, para Siddiqin, dan para syuhada’ serta para solehin”.(AnNisa’:69)
Kisah kecintaan dan kerinduan kekasih Rasulullah saw
Kata Umar:”Sesungguhnya Engkau lebih ku kasihi daripada diriku:
Amru AlAs berkata: “tidak seorang pun yang lebih aku kasihi daripada Rasulullah SAW
Saidina Abu Bakr berkata: Cukuplah aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan RasulNya
Bilal berkata tatkala hampir meninggal dunia:”Alangkah gembiranya aku!aku akan bertemu dengan insan yang paling aku kasihi, Muhammad dan sahabatnya”
Apa Sikap Kita.....?
Katakanlah (wahai Muhammad) : “ Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah akan mengasihi kamu”(Ali Imran : 31)
Dari Anas, Nabi bersabda, ‘‘Tiga perkara , barangsiapa yang ketiga-tiganya ada pada dirinya , maka ia akan mendapat kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , serta ia tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah membebaskannya darinya sebagaimana ia tidak suka dilempar ke dalam api neraka .’’ (Bukhari


No comments:
Post a Comment