Terdetik untuk berkongsikan cerita, bagaimana mengkaji keadaan diri ini, cerita yang dipetik dari sebuah buku bertajuk Mencari Makna Hidup, buku yang diterjemahkan secara sah daripada buku asal berjudul fulfilling life.ceritanya bermula seorang remaja lelaki datang ke farmasi mahu membeli ubat untuk kedua orang tuanya, dia meminta izin meminjam telefon bagi menghubungi seseorang,
"apa khabar? boleh saya bercakap dengan doktor Binsar?" tanya remaja lelaki memulakan perbualan.
doktor Binsar, saya Said, saya mahu bertanya.. adakah sekarang tuan memerlukan pembantu ataupun sebabarang kerja di rumah tuan? saya sanggup bekerja di rumah tuan walaupun bayarannya sedikit.
lalu tuan itu menjawap saya sudah ada pembantu, lantas remaja itu berkata jadi tuan sudah ada seorang budak lelaki yang bekerja dirumah tuan? tuan puas ati? "apa! tuan mahu menjadikannya anak angkat? untung la nasib dia ye......terima kasih tuan doktor. selamat tinggal" kataremaja itu sambil meletakan telefon... semasa dia melangkah keluar dari farmasi, pemilik kedai itu memanggil remaja itu dan berkata... kamu perlukan kerja? disini ada kerja....
"terima kasih ,puan. saya sudah ada kerja.
"tetapi..... tadi saya dengar perbualan kamu inginkan kerja?
remaja itu menjawap, "puan, sayalah budak yang bekerja di rumah Dr Binsar itu. saya sedang mengintip bagaimana pandangan doktor itu pada saya selama ini. syukur kepada Tuhan, semuanya berjalan lancar, doktor itu pun berpuas ati dengan kerja saya.. Puan sendiri pun dengar tadi, kan? mungkin saya dijadikan anak angkatnya."
menarik bukan? lihat bagaimana seorang remaja mengkaji pristasi diri sendirinya..dengan menggunakan cara yang berbeza dari orang lain untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan beliau.. so sama-samalah jadi yang terbaik, assalamualaikum

No comments:
Post a Comment