Tidak ada masalah tanpa penyelesaian. Lagi cepat anda selesaikan sesuatu masalah lagi produktiflah diri anda. Ada ketikanya sesuatu masalah itu terlalu mencabar fikiran dan menggugat perasaan. Ada ketikanya pula fikiran anda buntu mencari penyelesaian. Walau apa pun hasil yang anda perolehi dari proses percambahan minda, ia tetap sesuatu yang berfaedah. Meskipun ide yang dilaksanakan itu gagal, anda sekurang-kurangnya memperolehi pengalaman baru. Anda tahu apa yang tidak sepatutnya dilakukan. Thomas Alva Edison sendiri mencipta lampu setelah mencuba lebih 12,000 kali. Beliau tidak pernah menganggap dirinya gagal, tetapi beliau mengatakan yang beliau mempelajari 12,000 jalan yang tidak boleh menyalakan lampu sebelum menemui satu jalan yang membuahkan hasil.
Anda perlu bijak membuat keputusan agar kegagalan tidak membabitkan harga yang terlalu tinggi. Anda juga perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan melakukan perubahan. Pastikan keberanian anda berdasarkan risiko yang telah diambil kira atau "calculated risk".
Sekiranya proses percambahan minda dijalankan dengan baik, ia akan membantu anda dengan pelbagai ide baru. Ia juga akan membantu anda membuat satu keputusan yang bijak dalam menangani sesuatu masalah. Meskipun percambahan minda boleh dilakukan seorang diri, namun ia akan lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam satu kumpulan, dan dalam persekitaran yang tenang.
Langkah Percambahan Minda
1. Kenalpasti masalah. Masalah tidak semestinya negatif. Ada ketikanya masalah anda ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti syarikat anda. Ada ketikanya pula masalah anda ialah bagaimana untuk mencipta sesuatu yang baru, atau memperbaiki sesuatu yang sedia ada. Tuliskan masalah yang mahu diatasi itu dengan jelas, difahami, dan dipersetujui oleh semua individu.
2. Sediakan soalan-soalan. Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan dari setiap individu tetapi dorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak soalan-soalan. Jangan menilai kualiti soalan tersebut dan tidak mengkritik mereka yang mengeluarkan soalan. Setkan satu peraturan misalnya, 'SEMUA IDE ADALAH BETUL' pada peringkat awal proses percambahan minda ini. Lagi banyak soalan yang boleh diwujudkan maka lebih banyak juga ide yang akan dikeluarkan kelak. Gunakan tujuh perkataan asas untuk membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa? Dimana? Bagaimana?
3. Tetapkan had masa. Proses mendapat soalan ini mungkin akan berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa untuk tujuan tersebut. Misalnya 20 - 25 minit. Ada ketikanya mengambil rehat yang pendek 10-15 minit selepas semua soalan dilontarkan membolehkan setiap individu menjadi lebih produktif. Sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada otak kanan mencernakan setiap soalan dan mengilhamkan sesuatu penyelesaian yang bernas.
4. Dapatkan ide-ide. Tanyakan setiap individu ide yang mereka ada untuk masalah yang sedang dibincangkan. Mereka boleh, sama ada mahu atau tidak, berpandukan kepada soalan-soalan yang telah ada bagi mencari ide. Setiap ide mestilah diterima tanpa dinilai. Tidak wujud sama ada betul atau salah. Tanyakan setiap individu hanya satu ide sahaja dalam setiap pusingan. Kalau seseorang tidak punya ide, terus tanyakan orang lain. Jangan tunggu mereka yang masih buntu, jangan buang masa. Tinggalkan mereka yang masih tidak punya ide untuk membolehkan mereka terus berfikir. Kembali semula kepada mereka kemudiannya. Tidak kira walau bagaimana dungu sekalipun ide yang diberi, ia mesti dicatatkan. Ada ketikanya ide yang bernas keluar hanya setelah anda mengeluarkan ide yang bukan-bukan. Manusia akan berhenti mengeluarkan ide sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau apabila ide mereka tidak dihargai. Pastikan semua individu faham bahawa melakukan kesilapan itu bukan bererti lemah. Mengeluarkan ide yang tidak munasabah itu bukan beerti bodoh.
5. Tetapkan masa. Proses mencari ide ini juga perlu dihadkan masanya. Misalnya 30 minit. Penetapan had masa bergantung kepada sejauh mana pentingnya sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Anda mungkin perlukan masa yang lebih lama sekiranya masalah yang timbul adalah sesuatu yang kritikal dan anda tidak mahu menanggung risiko yang tinggi.
6. Pemilihan. Anda perlu memilih setiap ide yang telah diberikan. Bahagikan setiap ide kepada tiga kumpulan iaitu ide yang bernas, ide yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas sangat dan ide yang tidak memenuhi kriteria. Kriteria yang digunakan mungkin berdasarkan soalan seperti, "Adakah ia kos efektif?", "Adakah ia memenuhi undang-undang dan permit?", Adakah ia boleh disiapkan sebelum tarikh 30 Oktober 1999?". Rekodkan semua ide ini dalam ketiga-tiga kategori tersebut.
7. Penilaian. Berikan setiap ide yang bernas itu markah 0 - 5. 5 adalah merupakan ide yang mendapat markah yang terbaik bergantung kepada kesesuaiannya memenuhi setiap kriteria yang diperlukan. Kumpulkan markah yang diberikan oleh setiap individu. Tambahkan kesemua markah-markah ini. Mana-mana ide yang mendapat markah yang tinggi maka itulah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi. Namun begitu, ada ketikanya ide yang bernas ini tidak mampu memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu anda perlu fleksibel dalam perancangan dan tindakan. Anda boleh cuba ide-ide yang lain yang terdapat dala sdenarai ide bernas, atau ide yang boleh diterima. Ingat! tiada kegagalan dalam tindakan. Yang ada hanyalah HASIL. Sekiranya hasil yang diperolehi tidak menepati matlamat maka lakukanlah perubahan dalam perancangan dan tindakan anda.
|
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu." - Surah Al-Baqarah:216
Thursday, 4 November 2010
langkah percambahan minda
Wednesday, 3 November 2010
kenapa pelajar selalu lupa
Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.
Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.
Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
|
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.
|
Rahsia Bulan Kelahiran – Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah (1-5)
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
![]() |
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi
Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros
Subscribe to:
Posts (Atom)

