Saturday, 1 December 2012

Terima Kasih


      Menceritakan cerita hati, mengungkapkan situasi yang bukan jalan sepatunya adalah sukar, semua orang memiliki rasa sayang, rasa ingin berkasih. dalam context kehidupan manusia, manusia sering berinteraksi dan memerlukan antara satu sama dengan yang lain,dalam perhubungan ini penghargaan adalah penting walaupun ia semudah terima kasih Untuk menghargai seseorang terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan samada kita mahu memberi sebuah senyuman, ucapan terima kasih, pelukan, ciuman atau pun memberi sebuah hadiah. Penghargaan kepada seseorang amat penting supaya seseorang yang menerima penghargaan itu berasa gembira, dihargai dan akan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan datang. 

      Kadang-kadang seseorang itu sanggup mengetepikan kepentingan dirinya untuk kepentingan orang lain, sanggup melupakan kehendaknya demi kehendak orang lain, semua orang hendak dihargai, tetapi berapa ramai diantara kita yang pandai menghargai, berapa ramai diantara kita yang mudah berterima kasih walaupun ianya sekecil pemberian sebiji gula-gula. Memang benar tidak semua orang mengharapkan sebuah penghargaan, tapi penghargaan itu adalah lebih baik apabila kita berinteraksi antara satu dengan yang lain. kadang-kadang kite nak semua orang faham kite... tapi kite tidak
ada usaha nak faham orang lain, kadang-kadang kita sibuk mempersoalkan kekurangan dan kelemahan, tapi kita tidak cuba cari jalan penyelesaian, dan hanya mengharap orang akan memahami kite..Sampai disini sahaja coretan saya. Pada dia yang disayangi, aku sentiasa rasa dihargai apa yang telah kamu buat, mungkin ini adalah kehendak Nya. Sepanjang nafas aku berhembus, setiap degup jantung aku bergerak, selagi masih aku bernyawa, akan aku hargai kehadiran kamu, walaupun aku tidak pernah rasa kehadiran kamu. Terima kasih ^__^

Sunday, 28 October 2012

Untuk Sahabatku Yang Bernama Fadhilah


Perwatakan bersahaja, nakal, suka menyakat aku, macam-macam la, agak pelik bila seseorang yang mungkin dahulunya agak pendiam tapi sebenarnya petah bekata-kata, apa yang sering di ucapan menjadi bahan lucu, walaupun ia tidak selucu manapun,Terasa baru semalam aku kenal dengan dia, seseorang  yang amat penting pada aku, tidak tahu bila  aku mula berkawan dengan dia sehingga bersahabat atau kawan rapat, tapi yang pasti sejak dibangku sekolah lagi aku kenal dia. Tidak semua kawan aku rapat selepas sekolah kecuali dia. Kebanyakan lepas tamat sekolah masing-masing buat hal sendiri.

Apa-apapun Terima kasih pada dia yang sudi berkongsi apa jua perkara, mungkin tidak semua ,bukan senang nak mencari seseorang yang sudi mendengar, kebanyakkan orang suka didengarkan bukan mendengar, tapi tidak bagi sahabat aku seorang ini. bagi aku Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Bagi aku dia seorang yang mudah di bawa berbincang, seorang mudah memahami walau apajua perkara. Dia ni ada dikala aku bermasalah, dikala aku gembira sekalipun, ada disetiap tangisan dan juga ketawa ,ada dikala aku perlukan seseorang ,tetap setia ada disitu menunggu apa jua sekalipun, dan aku akan pastikan dia juga dapat apa yang patut dia dapat.

Terlalu banyak perkara hendak di kongsikan antara aku dan dia, dekat 5 tahun  aku berkawan dengan dia,banyak perkara  aku belajar dari dia ,erti sebuah persahabatan yang dia sendiri tidak tahu, jika aku beri sesuatu kebaikan kepada dia, dia akan menerima dengan sebaiknya, jika dia menerima kebaikan daripada aku, dia akan menyebutnya, jika berlaku sesuatu yang tidak baik dia sedia menutupnya,jika aku berdiam diri, dia akan bertanyakan apa khabar aku, jika aku dan dia berselisihan faham, ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu. Banyak jikanya, tapi itulah erti sebuah persahabatan yang dapat aku belajar dari dia.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti

Untuk sahabatku yang bernama fadhilah mazlan, terima kasih atas kesemuanya, harap kekal keakhinya, jangan suka cari pasal, jangan nakal-nakal, senyum selalu,apa pun jua masalah mu, senyumlah ia pasti akan berlalu ^__^ itu sahaja dari saya Muhamad Zin, 

Wednesday, 10 October 2012

sahabatku selamanya

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


http://www.youtube.com/watch?v=EbuUAg-dT40&feature=share