Thursday, 16 June 2011

waktu!!

Promod Brata (2002) di dalam bukunya berjudul Born to win berkata “sekirannya manusia diberi Tuhan hidup hingga 70 tahun , pembahagian waktunya adalah seperti berikut:
25 tahun untuk TIDUR
8 tahun untuk BELAJAR dan PENDIDIKAN
7 tahun untuk BERHIBUR
6 tahun untuk BEREHAT dan SAKIT
5 tahun untuk BERCAKAP
4 tahun untuk MAKAN
3 tahun untuk PERALIHAN KEGIATAN
12 tahun untuk BEKERJA
Kandang-kandang kita memikirkan soal kehidupan, Promod berkata 25 tahun untuk tidur, lamanya, sekarang saya baru berumur 20 tahun. Bergitu banyak masa telah di bazirkan. Apa sebenarnya tujuan kita dilahirkan, sahabat saya selalu menyebut “sesungguhnya ALLAH jadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah, iaitu sebagai pemimpin. Tapi dalam solat selalu kita sebut “sesungguhnya solatku, ibadahku, matiku untuk Tuhan sekalian alam, jelas la tujuan kita dilahirkan ialah untuk beribadah kepada ALLAH.
Ada yang berpendapat dalam sehari 24 jam cara pembahagian waktu adalah seperti ini:
8 jam untuk TIDUR
8 jam untuk BERKERJA
8 jam untuk BERIBADAT
Cuba kita fikir sejenak, adakah ibadah kita cukup 8 jam sehari? Adakah tido anda cukup 8 jam, atau lebih tidurnya. Pertama kita betulkan niat kita dulu, jika niat kita baik, hanya kepada Allah. InsyAllah jalan untuk Berjaya didunia dan diakhirat itu ada.

Wednesday, 1 June 2011

kewajipan Mencintai Rasul



Untuk seterusnya…..
Apakah pernah kita terfikir, setakat mana dan di kedudukan manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW? Apakah maksud sebenar mencintai Rasulullah SAW? Cukupkah sekadar mengatakan:” Aku Cinta Rasul cukuplah ,apa yang nak pikir2 lagi?Dan Mengapakah kita wajib mencintai Rasulullah SAW?

Selaku umat Nabi SAW,kita perlu akur dan sentiasa menginsafi bahawa , siapa kita hari ini tanpa Rasulullah SAW.Hisablah dan tangisilah diri kita di atas kealpaan kita terhadap insan yang telah berjasa dan lebih berharga daripada keluarga, harta benda dan pangkat di dunia yang kita miliki……….

Katakanlah (wahai Muhammad):”jika bapa2 kamu, anak2 kamu, saudara saudara kamu,isteri2 kamu , kaum keluarga kamu , harta benda yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah – rumah tempat tinggal yg kamu sukai (jika semuanya) menjadi perkara perkara yg lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya, kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq”(AtTaubah:24)

“Dan sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka mereka( akanditempatkan di dalam syurga)bersama sama orang 2 yg telah dikurniakan nikmat oleh Allah iaitu Nabi2, para Siddiqin, dan para syuhada’ serta para solehin”.(AnNisa’:69)

Kisah kecintaan dan kerinduan kekasih Rasulullah saw

Kata Umar:”Sesungguhnya Engkau lebih ku kasihi daripada diriku:
Amru AlAs berkata: “tidak seorang pun yang lebih aku kasihi daripada Rasulullah SAW
Saidina Abu Bakr berkata: Cukuplah aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan RasulNya



Bilal berkata tatkala hampir meninggal dunia:”Alangkah gembiranya aku!aku akan bertemu dengan insan yang paling aku kasihi, Muhammad dan sahabatnya”

Apa Sikap Kita.....?
Katakanlah (wahai Muhammad) : “ Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah akan mengasihi kamu”(Ali Imran : 31)
Dari Anas, Nabi bersabda, ‘‘Tiga perkara , barangsiapa yang ketiga-tiganya ada pada dirinya  , maka ia akan mendapat kemanisan iman, iaitu hendaklah  Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , serta ia tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah membebaskannya darinya sebagaimana ia tidak suka dilempar ke dalam api neraka .’’ (Bukhari

*      Wahai saudaraku;
*  Katakanlah bahawa seluruh kehidupanmu adalah demi kecintaan Allah dan RasulNya,
*    sahabatku, bahawa ukhuwwah yang terbina dan pembelajaran kita disini adalah atas kecintaan terhadap Rasulullah saw
*      Berjanjilah kawanku, kamu akan menanam bibit cinta Rasul kepada anakmu
* Haraplah Cinta yang pasti berbalas”Siapa yang mencintaiku nescaya dia bersamaku di dalam syurga”
*      Cinta Rasul, cinta penyempurna iman.

Monday, 2 May 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah degan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya  yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba ,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu .Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar ,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang .
      Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah –lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
      Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini ,sembahlah Allah, dirikanlah sembahang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan , dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah Haji ’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain .Kamu semua adalah sama ;tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu  hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia ,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara ,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.
     Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu