Wednesday, 29 February 2012

Tip bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam mendengar

1. Dengarkan dengan mata yang tertuju kepada orang yang berkata-kata itu, ikut rentaknya, intonasi suara dan mimik wajah semasa perlu memberi tanggapan atau tindak balas.

2. Jangan mencelah atau menyampuk semasa orang berkata-kata itu sedang asyik menceritakan sesuatu.

3. Dengarkan apa yang mereka ucapkan serta apa yang belum diucapkan.

4. Dengarkan sambil melakukan penilaian bagi mengetahui minat orang itu.

5. Dengarkan bagi mengetahui perkara-perkara yang mereka takuti dan pernah terluka.

6. Dengarkan seperti mana kita mahu didengarkan.

Thursday, 16 February 2012

Di saat Engkau memerlukan

Senang, bahagia, suka cita, duka cita, kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan duniawi maka kita akan merasa senang dan gembira.

Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka kita merasa sedih dan kecewa bahkan kadangkala sampai putus asa. Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara itu adalah baik.

Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah S.W.T. Hadapilah kesedihan itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.

Saturday, 17 September 2011

kita sudah banyak belajar

Assalamualaikum..
tak tahu kenapa nak post apa, just nak berkongsi sesuatu yang kita tahu,
inipun hasil pembacaan,rasa lama dah tak update blog. tq

Thomas Alfa Edison merupakan penemu mentol lampu kalau anda semua ingat, Orang ingat dengan kejayaannya, tetapi tidak ramai yang tahu tentang kegagalannyakan.
ketika berusaha membuat mentol lampu. Edison dan para pembantu berkali-kali membuat percubaan dan selalu gagal. mereka sudah mencuba lebih daripada DUA RIBU MATERIAL untuk menjadikan dawai mentol yang sesuai, tetapi tidak ada satupun yang berfungsi dengan baik.
pembantunya berasa kecewa dan berkata" semua usaha kita sia-sia belaka, kita tidak mempelajari apa-apa"
"oh" jawap Edison,"kita sudah melangkah sejauh ini kita sudah belajar banyak. kita mengetahui bahawa setidak-tidaknya ada dua ribu elemen yang tidak dapat kita gunakan untuk membuat lampu yang bagus."