Wednesday, 22 May 2013

Islam Itu Mudah


  ...السَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
  .. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dari Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad Bersabda:

“ Sesungguhnya agama itu adalah mudah, tidaklah seseorang itu mempersukarkan di dalam menjalankan agama, melainkan dia sendiri yang akan menjadi susah, maka berbuat benarlah kamu dengan agama dan bermohon kamu pertolongan agar dapat berlansung mengerjakan agama pada pagi hari, pada siang hari dan sedikit pada waktu akhir malam”.

Agama islam adalah agama yang mudah, Cuma orang yang tak paham jadi susah, kita kalau tak tahu sesuatu perkara, semua jadi susah, handphone mula-mula beli,tak tahu apa fungi, macam mana nak mesej, nak main lagu, tapi lama-kelamaan jadi mudah, sebab apa? Sebab kita dah biasa, sampai tahap taip mesejpun boleh pejam mata, sebab dah biasa. Tapi kenapa dengan agama sendiri kita rasa susah? Sebab kita tak biasa, kita tak selalu bersama agama kita, sebab itu kita Nampak agama itu susah. Baca Al-Quran tak lancar. Sebab setahun sekali. Tak pun tunggu kenduri tahlil, itu je lah. Ini Al-Quran pun tak tahu letak dekat mana, cuba check bilik masing-masing. Mana letaknya Al-Quran, kalau Al-Quran pun tak tahu letak mana inikan pula nak buka.,

Kita lihat orang mandikan mayat ( ehhh susahnya, nak bersabun, nak berkapur barus, ehh tak pandailah nak letak itu ini ) padahal  mandi mayatlah paling mudah, lebih susah mandikan anak kecil, padahal mayat tidak bergerak-gerak. Tapi kenapa cakap mandi mayat itu susah? Sebab tak pernah buat, sama jelah yang menulis ni ^__^. Ini kalau ada kematian panggil tok imam, ape? Ingat tok imam executive mayat ke? Semua orang boleh buat sebenarnya.

Orang lelaki kadang-kadang takut nak jadi imam, apa yang susahnya, pergi je kehadapan.takbir  .. اَللّهُ اَكْبَرُ( tapi… tak… takk… biasalah ustaz ) Biasakan, jangan terus dengan Magrib, Isyak, mulakan dengan Zuhur, tak bunyi apa. ( hehe ^__^ ) ni tak penah jadi imam, terus-terus jadi imam Subuh, terbelit-belit ( Allahhumadini….Allahhumadini….Ehh Allahhumadina…. ) jadi mulakan dengan Zuhur. ( Tapi…tapi…. Ustaz masa Zuhur boleh, yang jadi masalah, masa doa ustaz..) Doa? Doa amik microphone tolak dekat Bilal. Buat batuk-batuk sikit uhukkkkk. Uhukkkk sakit tekak,, hehehe. Kalau Tok Bilal tolak dekat kita balik, amik je baca doa makan, bukankah itu doa juga? Janji Doa ( lepas solat makmum Tanya mana nasinya? Haha ) ( tapikan ustaz.. Nampak macam tak best la ustaz kan? kan?...) kalau macam itu baca doa dalam bahasa Melayu.. ( tapi ustaz .. nanti orang Tanya kenapa tak baca dalam bahasa Arab?) jawap je kalau aku baca bahasa arab kamu tak paham, aku baca dalam bahasa arab aku paham, aku takut kamu je nanti hehe, . ini yang jadi susah sebab kita lihat orang jadi imam, lepas solat ada bacaan dia…yang itu sunat sahaja, tak bacapun tak apa.
Sama jugak dengan mandi mayat, sama je dengan mandi junub, susah ke? ( ehh susah kena kapur barus, daun sintok, daun bidara,..) haha tidak kan?  guna sabun biasa pun boleh. Orang dulu guna daun bidara nak bagi wangi. Kalau takada kain kapan warna putih, warna biru, coklat pun boleh. ( kalau kain kapanpun taka da ustaz..? ) boleh ambil mana-mana jenis kain. ( kainpun takada Ustaz ..) boleh guna tikar mengkuang, di gulung-gulung. ( tikar mengkuangpun taka da ustaz,, satu kampong habis terbakar Ustaz…) ooiiii!! Kalau semua dah tak ada, ambil selut tanah, lumurkan dibadan mayat itupun boleh. ( Tanah pun tak ada Ustaz ..) Dah kamu duduk di mana?

Kadang-Kadang ini soalan yang bukan-bukan, lepas satu-satu , kita suka Tanya, Tanya perkara yang tidak berkaitan, sebab itu Nabi bagi tahu dekat kita. Allah tidak suka tiga orang. Yang pertama: orang yang suka bertanya, bertanya jenis yang di atas itulah, ( kalau takada macam mana ustaz? Dekat 3, 4 kali Tanya ) . yang kedua : Allah benci orang yang suka mensia-siakan masa dan yang ketiga : Allah Benci orang yang suka membazir. Ini tidak, banyak sangat Tanya perkara yang tidak berkaitan, ( ustaz.. ustaz.. kalau kita ke bulan, kita nak sembahyang qiblat arah mana? ) yang kamu nak ke bulan tu apa kerja? Kamu nak ke masjid pun susah nak pergi, sibuk Tanya ke bulan.
Ianya sekadar perkongsian, dan peringatan, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Hasil penulisan dapat daripada ceramah Ustaz Kazim Elias, itu sahaja dari saya. Semoga ianya bermanfaat, dan untuk kebaikan bersama. ... اِنْ شَآ ءَاللّهُ 

Monday, 29 April 2013

Ucapan Buat Ibu


"Assalammualaikum. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari ini bersama nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Ucapan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ( 30 April ) buat ibuku Hatimah Binti Juhari
Semoga dipanjangkan umur di dalam keimanan, dilambatkan ajal, dipendekkan cubaan, dimurahkan rezeki yang halal, dibesarkan cita-cita yang diimpikan, dicerahkan masa depan yang gemilang, diringan tulang yang berat, dijauhi segala bala, dikuatkan iman dan dirahmati ALLAH selalu.” Zin mewakili adik beradik ,kak ita, Abg Adul, Abg Mirul, Adik Arif, Effa dan Mas sentiasa mendoakan mak, kami semua sayang mak walaupun kami semua jarang menyatakan perkataan itu, tapi jauh di sudut hati ini untuk menyatakan perasaan sayang itu.



Itu antara isi kad ucapan buat ibuku pada ulang tahun kelahirannya kali ini,Ye nama beliau Hatimah Binti Juhari, dilahirkan di Pahat Johor,dia merupakan satu-satunya ibu yang aku sayang,tanpa aku sedari, aku membesar dengan begitu cepat, teringat lagi ketika hari pertama aku dihantar ke sekolah berasrama, pada mulanya mak bertegas supaya aku tidak dihantarkan ke sekolah asrama. Tapi aku berkeras untuk pergi juga. Pada mulanya aku rasakan mak seolah-olah tidak peduli.( Nak pergi, pergilah aku bukan budak kecik lagi ). Tak tahu mana silapnya, pada hari pendaftaran tersebut mak tidak menghantar aku berdaftar, pagi itu,sebelum berangkat pergi mak peluk cium aku hingga mengalir air mata.mak berpesan belajar rajin-rajin,sembahyang jangan tinggal. Ingat mak dekat rumah ni. Aku terdiam kaku sebentar dengan apa yang terjadi, diri ini tiba-tiba rasa sebersalah. Aku baru sedar mak terlalu sayangkan anak dia walaupun susah nak dengar mak cakap sayang dekat aku.

Jika nak dikira berapa hari aku duduk rumah dalam setahun sejak ke sekolah asrama dulu terlalu singkat masanya aku di rumah, sambung diploma 3 tahun lagi?, dekat rumah masa cuti semesta je la. Ini dah sambung ijazah pula, lepas tu sibuk bekerja pula.. emmm ( zin kadang-kadang orang tua ni bukan nak apa sangat zin,dia nak perhatian kita je, dia nak tengok muka kita, dah besar dah anak-anak dia ni ) tulah, memikir juga bila dah besar ni, sibuk dengan kawan-kawan, dengan mak dan abah ? sendiri jawaplah zin.


Thursday, 25 April 2013

Cerita Bersama, Dikongsi Bersama


Assalamualaikum ,
sekilas bersama ingin berkongsikan apa yang dikongsikan oleh Ustaz Wan Sohor semalam, bertempat di dewan kuliah utama APIUM bertajuk Wanita Solehah Pendamai Dunia, menarik untuk di ceritakan, bermula bercakap soal nilai hinggalah keakhirnya, hidup ini harus berfikir dan haruslah bermatlamat,jika kita bercakap soal politik, sekarang ini kita akan Nampak banyak bendera diluar sana.. tidak kiralah parti manapun, kalau kita fikir semula, kemana hala tuju bendera-bendera ini. Apa yang hendak disampaikan, apa yang hendak dipertahankan, kalau bercakap soal makan sedap, tidur sedap, memandu sedap ataupun kearah yang lagi satu,sebab kita bercakap soal nilai. Dimana letaknya nilai,

Berbalik pada cerita yang dikongsikan Ustaz Wan, ada seorang ibu menelefon beliau bertanyakan tentang pendapat, ada seorang lelaki datang untuk meminang anaknya, lalu Ustaz Wan berkata pada ibu tersebut, suruhlah lelaki tersebut menelefon beliau, pada keesokkan harinya jam 10 malam, lelaki tersebutpun menelefon ustaz, ustaz pun bertanya hal-hal keagamaan :pandai ke tidak mengaji, dan suruh mengambil beberapa potong ayat, dan ustaz bertanya lagi, rukun iman,rukun islam dan yang berkaitan dengan islam,apabila ditanya pasal ulamak lelaki ini tahu serba sedikit, bermakna lelaki ini ada cakna, ustaz berpendapat lelaki ini baik, Ustaz Wan memberi tahu ibu tersebut apa yang dibincangkan, ustaz tidak kenal lelaki tersebut tapi ustaz dapat satu aura, masyaAllah. Ustaz pun menyuruh permudahkan urusan sahaja. Selang beberapa bulan anak si ibu pula menelefon ustaz dengan nada menangis, pihak keluarga tidak bersetuju. Dah ustaz wan kata: kenapa pulak?  Sebab lelaki tersebut mampu beri empat ribu sahaja. Bukan sahaja tidak bersetuju , tapi dimarah pula oleh pakcik sebelah emak , (setahu saya yang menjadi wali bapa, atau pakcik sebelah bapa. Dah ini apa cerita pulak?)dimana kita hendak melihat pendamainya, wanita solehah menjadi pendamai diantara.kesudahhannya tidak tahu kemana. Riwahat al Tarmizi melaporkan Nabi Muhammad berkata:

”Apabila orang yang kamu redai akhlaknya dan agamanya dating melamar, maka kawinkanlah dia sekiranya kamu tidak lakukan perkara itu, maka akan berlaku fitnah dan kerosakkan di muka bumi”

Bepaksikan yang di ceritakan oleh Ustaz Wan, kita sepatutnya berfikir sejenak dalam surah an-Nur ayat 32 Tuhan berkata,

“kawinkanlah orang-orang bujang daripada kalangan kamu, orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka”

perkahwinan dibibir orang soleh, perkahwinan menjadi topic serius dalam urusan hidup. Ia menjadi urusan yang dikendalikan dengan penuh hati-hati. Rasa gembira hidup sebagai pasangan disambut dengan rasa tanggungjawap. Masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipenuhi. Topic perkahwinan dalam senda gurau kita menjadi doa orang soleh. Tuhan berkata dalam surah al-Furqan ayat 74, yang bermaksud,

“Merekan juga berdoa dan berkata,’Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami”

Itu sahaja dari saya. ^__^